Informasi Permainan Video Terkini
ARIKA Berkongsi Dua Versi Permainan Buat Fighting EX Layer Yang Bakal Dilancarkan

ARIKA Berkongsi Dua Versi Permainan Buat Fighting EX Layer Yang Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

ARIKA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua versi buat permainan perlawanan, Fighting EX Layer iaitu versi Light dan versi Standard. Dua versi tersebut akan mempunyai harga yang berbeza dan menyertakan sebilangan kandungan tambahan.

Melalui versi Light, permainan tersebut akan menyertakan 12 watak yang boleh dimainkan dan 5 Gougi Decks. Versi tersebut akan berharga $39.99(~RM158).

Manakala versi Standard juga akan menyertakan 12 watak yang boleh dimainkan dan juga watak tambahan Hokuto bersama 15 Gougi Decks. Versi ini akan berharga $59.99(~RM236)

Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA, yang mana mereka terkenal sebagai pembangun permainan Street Fighter EX. Menurut ARIKA, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 pada penghujung Jun ini.