Informasi Permainan Video Terkini
Ujian Atas-Talian Dark Souls Remastered Akan Diadakan Pada 11 Dan 12 Mei Ini

Ujian Atas-Talian Dark Souls Remastered Akan Diadakan Pada 11 Dan 12 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan ujian atas-talian buat permainan akan datang, Dark Souls Remastered akan diadakan pada 11 dan 12 Mei ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Sesi ujian ini merupakan mod percubaan buat pembangun untuk memastikan permainan tersebut boleh dimainkan secara atas-talian apabila ia dilancarkan kelak. Sememangnya sesi ini akan diadakan secara percuma dan bagi anda yang berminat untuk mencubanya, permainan tersebut boleh dimuat-turun sekarang.

Sesi ujian atas-talian tersebut akan berlangsung pada 11 dan 12 Mei ini jam 7  sehingga 9 malam buat kedua-dua hari tersebut.

Dark Souls Remastered akan dilancarkan pada 25 Mei ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi versi Switch, ia ditunda dan akan dilancarkan pada musim panas tahun ini.

PS4 : Ujian Atas-Talian Dark Souls Remastered

Xbox One : Ujian Atas-Talian Dark Souls Remastered