Informasi Permainan Video Terkini
Techland Kini Memperoleh Hak Pengeluaran Buat Siri Permainan Call Of Juarez
PC

Techland Kini Memperoleh Hak Pengeluaran Buat Siri Permainan Call Of Juarez

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Techland kini mengumumkan bahawa mereka memperoleh hak pengeluaran buat siri permainan Call Of Juarez daripada Ubisoft. Sebelum ini, permainan tersebut telah ditarik balik di sebilangan kedai atas-talian akibat perlesenan permainan tersebut telahpun tamat tempoh.

Siri permainan Call Of Juarez sememangnya adalah pembangun asal permainan tersebut. Namun, sebelum ini, ia dilancarkan oleh Ubisoft dimana permainan tersebut mendapat pelbagai pujian berkenaan bentuk permainan tersebut.

Menurut Adam Lason, CPO buat Techland Publishing menyatakan bahawa untuk mengembangkan lagi sebagai pengeluar permainan, mereka berbesar hati untuk menerima permainan Call Of Juarez: Gunslinger di dalam senarai permainan mereka. Beliau juga menyatakan terima kasih buat Ubisoft kerana mengeluarkan permainan tersebut sebelum ini. Pada masa akan datang, mereka juga akan terus menyokong permainan tersebut.

Walaupun begitu, buat masa sekarang, permainan Call of Juarez: Gunslinger masih tidak lagi boleh dibeli di Steam. Ia mungkin akan dilancarkan semula oleh Techland pada masa terdekat ini.