Newzoo iaitu syarikat yang membuat penyelidikan berkenaan industri permainan video hari ini menyatakan bahawa menjelang 2018 ini, hasil pendapat buat permua (Permainan Mudah-Alih) akan mencecah sehingga $70 bilion sekaligus separuh daripada pasaran global buat industri permainan video.

Melalui laporan tersebut, Newzoo meramalkan bahawa hasil pendapatan permua akan terus meningkat sebanyak 25.5% dari tahun ke tahun dan pada tahun 2018 ini, mereka meramal ia akan mencecah melebihi 50% daripada pasaran global permainan video yang berjumlah $137.9 billion

Memandangkan penggunaan telefon pintar oleh pengguna semakin meningkat setiap tahun, Newzoo menyatakan bahawa peningkatan tersebut akan terus berkembang pada masa akan datang dan mungkin akan mencecah lebih dari 59% hasil pendapatan buat keseluruhan pasaran permainan video.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandang sebelum ini, kami juga pernah melaporkan bahawa peningkatan hasil pendapatan permua di China semakin meningkat dan mungkin akan mengatasi permainan PC. Ini juga dapat dibuktikan melalui permua Fortnite Battle Royale yang dilancarkan baru-baru ini dan menjana lebih dari $15 juta selepas 4 hari pelancarannya sahaja.

Dengan hasil pendapatan yang sangat tinggi, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk pembangun-pembangun permainan untuk mula membangun permainan buat peranti telefon pintar dan memastikan permainan mereka menguntungkan.

Sohor Kini