Skip to main content

Ketika Mac lepas, Enhance Games mengumukan permainan pernambah-baikkan Lumines ketika acara Nindies Showcase Spring 2018. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 26 Jun kelak buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Lumines merupakan permainan tekaria berdasarkan bongkah yang direka oleh Tetsuya Mizuguchi iaitu pereka permainan Rez. Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2004 buat sebilangan konsol termasuklah versi permua. Kini, ia diberi nafas baru melalui Lumines Remastered dengan pelbagai pernambah-baikkan dari segi visual dan bentuk permainan.

Bagi anda yang berminat permainan dalam bentuk tekaria dan rentak muzik, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan ini bermula 26 Jun ini.

Leave a Reply