Skip to main content

Bagi anda yang memiliki permainan Battlefield 1 dan Battlefield 4 di Playstation 4 atau PC, anda kini berpeluang untuk memuat-turun DLC pernambahan permainan tersebut secara percuma. DLC tersebut menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti peta kawasan yang baru bersama mod permainan yang baru.

Buat permainan Battlefield 1, DLC They Shall Not Pass boleh dimuat-turun secara percuma melalui Origin bagi pengguna PC dan di Playstation Store buat pengguna Playstation 4. Namun, bagi pengguna Playstation 4, anda perlu melanggan Playstation Plus untuk memuat-turun DLC tersebut.

[download] PSN Store : Battlefield 1 DLC They Shall Not Pass [/download] [download] Origin : Battlefield 1 DLC They Shall Not Pass [/download]

Buat permainan Battlefield 4, DLC Dragon’s Teeth juga boleh dimuat-turun secara percuma melalui Origin bagi pengguna PC dan di Playstation Store buat pengguna Playstation 4. Seperti DLC Battlefield 1, bagi pengguna Playstation 4, anda perlu melanggan Playstation Plus untuk memuat-turun DLC tersebut.

[download] PSN Store : Battlefield 4 DLC Dragon’s Teeth [/download] [download] Origin : Battlefield 4 DLC Dragon’s Teeth [/download]

Bagi anda yang mempunyai permainan Battlefield 1 dan Battlefield 4, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DLC tersebut secara percuma bermula hari ini sehingga 15 Mei ini.

Leave a Reply