Informasi Permainan Video Terkini
Pendaftaran Beta Teknikal Permainan State Of Decay 2 Bermula Hari ini
PC

Pendaftaran Beta Teknikal Permainan State Of Decay 2 Bermula Hari ini

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Undead Lab hari ini mengumumkan bahawa beta teknikal permainan buat State Of Decay 2 akan diadakan sebelum ia dilancarkan. Melalui beta tersebut, pemain berupaya untuk mencuba permainan tersebut dan pembangun permainan tersebut berharap ia dapat menghapuskan sebarang pepijat sebelum ia dilancarkan.

Untuk mendaftar beta permainan tersebut, anda perlu melayari laman rasmi State Of Decay 2 dibawah dan menjawab sebilangan soalan-soalan oleh pembangun sebelum memuat-turun permainan tersebut. Buat masa ini, State Of Decay 2 beta hanya buat pengguna PC sahaja.

State Of Decay 2 adalah permainan pertahanan hidup yang dibangunkan oleh Undead Labs dan dilancarkan oleh Microsoft. Ia merupakan permainan seterusnya buat siri State Of Decay yang mana permainan pertamanya dilancarkan pada 2013 lepas. State Of Decay 2 bakal dilancarkan buat PC dan Xbox One bermula 22 Mei ini.

Daftar Beta : State Of Decay 2