Pemain Overwatch baru sahaja menerima peta terbaru Blizzard World pada Januari lepas, kini satu lagi peta terbaru akan hadir iaitu Rialto yang merupakan peta mod pertempuran Payload berasakan banda Venice, Itali. Berdasarkan penulisan mengenai kemas kini bagi musim ke 10, peta ini akan dikeluarkan untuk semua pemain pada 3 Mei 2018.
Peta ini pertama kali diperlihatkan melalui trailer untuk acara Retribution pada April lepas. Selepas dikeluarkan nanti, peta ini tidak akan disertakan di dalam mod kompetitif kerana ingin memberikan pemain lebih masa untuk menyesuaikan cara permainan mereka.
Menurut beberapa ulasan berdasarkan pemerhatian, peta ini mungkin mempunyai masalah terlalu banyak environmental kill di mana pemain akan lebih memfokuskan untuk menolak lawan ke dalam air yang mengelilingi peta ini. Apa pun kami semestinya tidak sabar untuk mencuba.