Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Royale Menjana $223 Juta Pada Bulan Mac Lepas
PC

Fortnite Battle Royale Menjana $223 Juta Pada Bulan Mac Lepas

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Tampaknya Epic Games senantiasa mendapat keuntungan melalui permainan Fortnite Battle Royale dimana baru-baru ini, GameIndustry.Biz melaporkan bahawa permainan tersebut menjana sebanyak $223 juta pendapatan hanya pada bulan Mac sahaja sekaligus membuat permainan tersebut adalah permainan percuma terbesar dari segi pendapatan buat permainan konsol.

Melalui laporan tersebut, hasil pendapataan tersebut adalah hasil campuran antara kesemua platform iaitu konsol, PC dan peranti mudah-alih sepanjang bulan Mac tersebut. Namun, ia bukannya sesuatu yang mengejutkan memandangkan, awal bulan ini, permainan Fortnite Battle Royale versi permua menjana 15$ juta dengan hanya 20 hari sejak pelancaran di iOS.

Dengan kejayaan permainan ini, kami percaya Epic Games akan sentiasa menyokong permainan tersebut dengan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti baru-baru ini di akaun rasmi Twitter permainan tersebut, Epic Game memperacahkan kostum terbaru yang bakal tiba buat permainan tersebut seakan kostum adiwira daripada DC.

Seperti biasa, kami akan berkongsi berkenaan pengumuman tersebut apabila Epic Games mengumumkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN