Skip to main content

Minggu lepas, Bandai Namco mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ iaitu Zamasu (Fused).

Kini tampaknya secara tidak sengaja, Bandai Namco Entertainment Taiwan tertiris watak DLC seterusnya buat permainan tersebut iaitu Vegito dalam bentuk Super Saiyan God Super Saiyan (SSGSS).

https://www.youtube.com/watch?v=FxcDC6C516o

Namun begitu, hasil pautan yang tertiris tersebut telah pun dipadam. Namun, pihak World Wide Weeb berkesempatan untuk memuat-naiknya di laman Youtube mereka. Walaupun Bandai Namco masih lagi mengumumkannya secara rasmi, pastinya ini merupakan berita gembira buat mereka yang meminati siri Dragon Ball.

Seperti biasa, kami akan berkongsi informasi tambahan setelah ia diumumkan secara rasmi oleh Bandai Namco.

Leave a Reply