Disember lepas, Outright Games dan Climax Studio mengumumkan permainan berdasarkan siri animasi terkenal, Adventure Time. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut bersama trailer terbaru.

Adventure Time: Pirates of the Enchiridion merupakan permainan berdasarkan siri animasi Adventure Time yang terkenal di Cartoon Network. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk mengembara di Land of Ooo dan pada masa yang sama menyelesai misi bersama Finn dan anjing beliau, Jake.

Berdasarkan trailer diatas, permainan tersebut mempunyai bentuk pertempuran secara giliran seakan permainan klasik RPG dan pemain juga berupaya untuk mengguna sebilangan watak-watak dari siri animasi tersebut bersama mengembara dengan menaiki bot.

Adventure Time: Pirates of the Enchiridion akan dilancarkan pada 17 Julai ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

 

Sohor Kini