Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Mei 2018 Diumumkan – Menyertakan Rayman Legends Dan Trackmania Turbo

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Mei 2018 Diumumkan – Menyertakan Rayman Legends Dan Trackmania Turbo

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan Playstation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Mei 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak tiga permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 10 Mei sehingga 6 Jun 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat permainan tersebut :

  • Rayman Legends ( PS4)
  • Trackmania Turbo (PS4)
  • Eufloria HD (PSVita )

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 10 Mei sehingga 6 Jun. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan April, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 9 Mei ini.

Namun begitu, tampaknya senarai permainan untuk bulan Mei kelihatan agak sedikit dan mereka tidak menyenaraikan permainan buat Playstation 3. Namun, Mungkin juga pada masa akan datang, Sony akan menambah sebilangan permainan percuma lain seperti yang dilakukan oleh mereka sebelum ini buat permainan God Of War 3 Remastered. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah diumumkan oleh mereka kelak.