Informasi Permainan Video Terkini
Good Smile Mengumumkan Nendoroid Untuk Kratos Dari God Of War

Good Smile Mengumumkan Nendoroid Untuk Kratos Dari God Of War

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Permainan God of War yang dikeluarkan pada 20 April lepas menerima ulasan yang sangat baik dari pemain dan juga media termasuk juga kami yang memberikan permainan ini markah 10/10.

Bersempena permainan ini Good Smile mengumumkan mereka membuka pra-tempah untuk figura Nendoroid bagi watak Kratos. Selain Kratos, pembeli juga akan menerima kapak,perisai dan juga pendiri.

Harga untuk figura ini adalah Yen 4,167 (RM150). Kami semestinya sangat berminat untuk mendapatkannya walaupun Kratos adalah watak yang bengis tetapi melalui figura ini dia tetap comel.