Informasi Permainan Video Terkini
PC Building Simulator Terjual Lebih 100 Ribu Unit Untuk Bulan Pertama Dikeluarkan
PC

PC Building Simulator Terjual Lebih 100 Ribu Unit Untuk Bulan Pertama Dikeluarkan

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Tampaknya pemain menggemari untuk membina PC mereka walaupun sekadar dalam bentuk simulasi, minggu ini The Irregular Corporation mengumumkan selepas sebulan dikeluarkan PC Building Simulator sudah terjual sebanyak 100 ribu unit walaupun masih dalam peringkat akses awal.

Permainan ini direka oleh Claudiu Kiss sebagai permainan percuma di itchi.io dan menjadi ketiga paling banyak dimuat-turun untuk tahun 2017. Walaupun sudah menjadi permainan berbayar, permainan ini masih mendapat sambutan dan menerima pelbagai pujian dari pemain dan juga media kerana realisme permainan ini.

Selain sekadar membina PC anda untuk keseronokan anda juga boleh bermain mod Career yang akan menjadikan anda pemilik kedai membaik PC. Jika anda berminat permainan ini boleh didapati di Steam dengan harga RM39.00

PC Building Simulator: Steam