Tencent kini mengumumkan yang mana mereka kelak akan hadir dengan sebuah siri-TV khusus bersempena dengan permua popular mereka di China, iaitu Honor of Kings (dikenali Arena of Valor di Malaysia).
Melalui siri-TV berkenaan, ia akan memfokuskan kepada kisah seorang pemain yang ingin menjadi pemain profesional untuk permainan Honor of Kings berkenaan. Ia turut mempunyai kisah tambahan tersendiri, termasuk kisah watak abang berkenaan yang turut dalam kerjaya ke arah pemain profesional, tetapi berakhir dengan tragedi.
Buat masa ini, Tencent masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran untuk siri-TV berkenaan. Dengan populariti permua Arena of Valor dan Honor of Kings ini, semestinya ramai peminatnya turut akan mengikuti siri-TV berkenaan selepas ia diterbitkan kelak.