Informasi Permainan Video Terkini
Switch Terjual 17.79 Juta Unit Secara Global Dan Super Mario Odyssey Terjual 10 Juta Unit

Switch Terjual 17.79 Juta Unit Secara Global Dan Super Mario Odyssey Terjual 10 Juta Unit

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Melalui laporan kewangan Nintendo, mereka mengumumkan Nintendo Switch setakat ini telah terjual sebanyak 17.79 juta unit setakat Mac 2018. Jumlah jualan ini melebihi jangkaan mereka pada Januari lepas iaitu 15 juta unit terjual.

Selain itu Nintendo juga berkongsi senarai permainan keluaran mereka untuk Switch yang terjual paling banyak. Senarai adalah seperti berikut

  1. Super Mario Odyssey – 10.41 juta unit
  2. Mario Kart 8 Deluxe – 9.22 juta unit
  3. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 8.48 juta unit
  4. Splatoon 2 – 6.02 juta unit
  5. 1-2 Switch – 2.29 juta unit
  6. ARMS – 1.85 juta unit
  7. Xenoblade Chronicles 2 – 1.31 juta unit
  8. Kirby: Star Alies – 1.29 juta unit

Ini merupakan kejayaan yang baik untuk Switch, dengan pengeluaran Nintendo Labo baru-baru ini (video kami nyah kotak boleh ditonton di pautan ini), mungkin lebih meningkatkan hasil jualan dan sekaligus membantu untuk mencapai sasaran mereka menjual Switch sebanyak 20 juta unit dari April 2018 sehingga Mac 2019.