Informasi Permainan Video Terkini
Streets of Red Terjual 10 Ribu Unit Selepas 10 Hari Dikeluarkan

Streets of Red Terjual 10 Ribu Unit Selepas 10 Hari Dikeluarkan

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Steets of Red merupakan permainan aksi beat-’em-up yang dibangunkan oleh Secret Base iaitu sebuah pembangun indie dari Singapura. Permainan ini dikeluarkan pada 12 April lepas untuk Playstation 4 dan Nintendo Switch.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pembangun permainan ini Tobe, beliau mengatakan selepas 10 hari dikeluarkan permainan ini terjual sebanyak 10 ribu unit bahkan berada di tangga kesembilan bagi ranking untuk carta best-selling untuk Nintendo Switch Eropah.

Selain itu beliau juga menyatakan dengan hasil jualan ini segala kos pembangunan dan juga kos membawa permainan ini ke Switch sudah terbayar. Sebarang jualan yang mereka dapati merupakan keuntungan untuk permainan ini.

Tahniah kami ucapkan untuk Secret Base, dan jika anda berminat permainan ini yang akan mengingatkan permainan-permainan lama seperti Double Dragon kami sangat mengesyorkan anda untuk mencubanya terutama secara multi-pemain setempat yang boleh dimainkan sehingga 4 pemain.

Playstation Store (US) – Streets of Red

Nintendo eShop – Streets of Red