Steam biasanya mengadakan jualan promosi berdasarkan perayaan dan juga pembangun kali ini ada sedikit kelainan kerana untuk pertengahan minggu ini sehingga 27 April 2018 Steam menganjurkan jualan promosi untuk permainan yang dikeluarkan oleh pembangun dari Denmark.

Kemungkinan besar permainan yang ditawarkan adalah tidak pernah diketahui kerana kebanyakannya adalah dari pembangun indie. Akan tetapi berikut permainan yang kami cadangkan untuk anda membeli.

  1. HITMAN GOTY Edition – RM197.00 RM83.54
  2. Limbo – RM23.00 RM4.60
  3. Inside – RM38.00 RM19.00
  4. Space Hulk – RM47.00 RM11.75
  5. Space Hulk Ascension – RM56.00 RM14.00
  6. A Hat in Time – RM56.00 RM39.20
  7. The Silent Age – RM23.00 RM2.30

Jualan ini adalah sekejap sahaja dan ditawarkan sehingga esok sahaja, jadi pastikan anda mendapat permainan yang anda inginkan terutama permainan-permainan tersenarai di atas.

Jualan Promosi Permainan Denmark: Steam

Sohor Kini