Informasi Permainan Video Terkini
Universal Pictures Akan Menerbitkan Filem Terbaru DOOM

Universal Pictures Akan Menerbitkan Filem Terbaru DOOM

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Jika bercakap mengenai filem yang berdasarkan permainan video sentiasa mengecewakan, filem DOOM yang dikeluarkan pada tahun 2005 merupakan contoh terbaik. Melalui kuciran akaun Twitter pelakon Nina Bergman beliau akan berlakon dalam filem DOOM yang akan diterbitkan oleh Universal Pictures.

Apabila ditanya adakah filem ini berkait dengan siri permainan video, beliau mengesahkannya dan juga menambah yang skrip untuk filem ini adalah jauh lebih baik berbanding filem DOOM sebelum ini.

Buat masa ini tiada pengesahan lanjur dari pihak Universal dan berdasarkan ura-ura filem ini bukanlah untuk tayangan di wayang tetapi untuk keluaran dalam bentuk lain seperti filem Netflix. Apa pun kami tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini.