Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Akan Menamatkan Permua Puzzle Fighter Pada Julai – Kurang Setahun Sejak Dilancarkan

Capcom Akan Menamatkan Permua Puzzle Fighter Pada Julai – Kurang Setahun Sejak Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 22, 2018 oleh .

Puzzle Fighter baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2017 yang lepas, dan kini nampaknya Capcom mengambil langkah untuk menamatkan permua berkenaan. Melalui pengumuman dilaman rasmi, Capcom mengatakan permua berkenaan akan ditamatkan penawaran pada 1 Julai 2018 kelak.

Ia sedikit mengejutkan untuk melihat Capcom mengambil langkah pantas menamatkan permua berkenaan – memandangkan tidak sampai setahun sejak permua ini dilancarkan.

Capcom turut mengatakan yang mana pembelian dalam-aplikasi untuk permua Puzzle Fighter ini akan ditamatkan pada 23 April kelak. Pihak Capcom juga akan menawarkan sebanyak 10000 gem untuk digunakan pada permua berkenaan bagi semua pemain Puzzle Fighter. Pemain juga kelak boleh memainkan semua watak dalam permua berkenaan, dan tahap permainan secara percuma tidak lama lagi.

Capcom mengatakan langkah ini diambil kerana mereka ingin memfokuskan sumber kepada pembangunan Dead Rising.

Muat-Turun Puzzle Fighter untuk iOS

Muat-Turun Puzzle Fighter untuk Android


TIPS & ULASAN