Informasi Permainan Video Terkini
Menangi Hadiah Tajaan Ke E3 Dengan Membeli Set Ayam Goreng Wings of Power Di 4Fingers

Menangi Hadiah Tajaan Ke E3 Dengan Membeli Set Ayam Goreng Wings of Power Di 4Fingers

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

4Fingers dan Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan kolaborasi antara mereka dimana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah, termasuklah berpeluang untuk ke Los Angelas Jun ini untuk menghadiri acara E3 (Electronic Entertainmet Expo) dengan hanya membeli set ayam goreng di 4Fingers

Acara ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 20 Mei ini sempena pelancaran God Of War hari ini. Sebanyak 17 kedai 4Fingers di Singapura dan Malaysia yang anda boleh sertai dengan hanya membeli set ayam goreng “Wings of Power” di restoran tersebut.

Terdapat pelbagai hadiah yang anda berpeluang untuk menangi, dimana setiap pembelian set makanan tersebut akan meletakan perserta di dalam senarai cabutan bertuah tersebut. Antara hadiah yang disertakan adalah:

  • Tajaan khas ke E3 di Los Angeles, Amerika Syarikat Jun ini
  • Berkas Playstation 4 Pro God Of War
  • Permainan God Of War
  • Pelbagai barangan esklusif

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh ke restoran 4Fingers berdekatan dan membeli set ayam goreng tersebut dan berpeluang untuk ke E3 tahun ini.