Filem Deadpool 2 yang diarahkan oleh David Leitch yang kami laporkan akan mengarah filem berdasarkan permainan The Division akan dikeluarkan pada 18 Mei 2018, sebelum ini menerima trailer untuk memperkenalkan watak Cable kemudian satu lagi trailer untuk memperkenalkan watak X-Force.
Untuk trailer terakhir ini selain menunjukkan perlawanan antara Deadpool dan Cable, turut diperkenalkan watak terbaru iaitu Peter. Berdasarkan komen-komen di Youtube ramai yang sudah meminta satu filem khas untuk watak Peter ini.
Adakah anda seperti kami, tidak sabar untuk menonton Deadpool 2? Bagaimana dengan watak baru Peter adakah akan menjadi kegemaran anda?