Skip to main content

Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter peribadi beliau pembangun TowerFall Matt Thorson mengumumkan versi permainan tersebut untuk Switch sedang dibangunkan akan tetapi tiada tarikh pengeluaran dinyatakan.

https://twitter.com/MattThorson/status/986378532547801088

TowerFall dikeluarkan untuk konsol Ouya pada tahun 2013 sebelum dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC sebagai TowerFall Ascension. TowerFall adalah permainan pertempuran secara multi-pemain. 4 pemain akan bertempur menggunakan panah dan berkonsepkan battle royale di mana pemain terakhir akan memenangi pertempuran.

Turut disertakan adalah mod permainan solo, pemain perlu memanah sasaran yang disediakan dan juga mod Quest iaitu secara solo ataupun koperasi pemain harus melawan kumpulan penjahat yang akan meningkat tahap kesukaran.

Berdasarkan reaksi di Twitter ramai yang tidak sabar untuk mencuba permainan ini di Switch, ramai juga yang meminta agar mereka menyediakan mod multi-pemain untuk seramai 8 pemain. Mungkin melihat kejayaan permainan beliau yang lain iaitu Celeste di Switch di mana jualan di Switch lebih tinggi berbanding konsol lain yang membuatkan beliau ingin mengeluarkan TowerFall untuk Switch.

Leave a Reply