Warner Bros hari ini mengumumkan filem berdasarkan watak komik DC Blackhawk akan diterbitkan oleh Steve Spielberg bersama dengan Kristie Macosko Krieger di bawah syarikat penerbitan Amblin Entertainment.
Manakala lakon layar akan ditulis oleh David Koepp yang sebelum ini pernah menjadi penulis untuk filem-filem Spielberg yang lain seperti Jurassic Park, Indiana Jones dan the Kingdom of the Crystal Skull. Pengarah buat masa ini tiada pengesahan akan tetapi mereka mengharapkan Spielberg sendiri menjadi pengarah.
Di dalam komik, Blackhawk adalah penceritaan berdasarkan zaman perang dunia kedua dan memfokuskan kepada watak Blackhawk yang mengetuai skuad juruterbang yang dikenali sebagai the Blackhawks atau Skuad Blackhawk.
Mengenai kerjasama ini Spielberg mengatakan dia gembira untuk bekerjasama sekali lagi dengan Warner Bros selepas Ready Player One dan sangat teruja untuk bekerjasama sekali lagi untuk Blackhawk.
Ini merupakan pertama kali Spielberg akan terlibat di dalam filem berdasarkan watak komik DC dan kami sudah semestinya tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti.