Informasi Permainan Video Terkini
Dua Lagi Permainan Diumumkan Untuk SEGA Ages – Alex Kidd Dan Gain Ground

Dua Lagi Permainan Diumumkan Untuk SEGA Ages – Alex Kidd Dan Gain Ground

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

SEGA Ages seperti kami laporkan sebelum merupakan nama siri yang akan digunakan untuk permainan-permainan klasik SEGA yang akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Pada awal pengumuman SEGA hanya menyenaraikan 3 permainan daripada 15 permainan secara keseluruhan iaitu Sonic The Hedgehog, Thunder Force IV dan Phatasy Star.

Hari ini SEGA mengumumkan 2 lagi permainan iaitu Alex Kidd in Miracle World yang dikeluarkan pada tahun 1986 untuk Master System dan Grain Ground yang merupakan permainan Arked dikeluarkan pada tahun 1988 sebelum dibawa untuk Sega Genesis dan Master System.

SEGA Ages bukanlah kumpulan permainan yang dijual bersama, akan tetapi setiap permainan yang dikeluarkan boleh dibeli secara berasingan. Permainan klasik SEGA mana yang anda inginkan untuk dikeluarkan di Switch.