Informasi Permainan Video Terkini
Banner Saga 3 Bakal Tiba Julai Ini – Edisi Fizikal Banner Saga Trilogy: Bonus Edition Juga Diumumkan

Banner Saga 3 Bakal Tiba Julai Ini – Edisi Fizikal Banner Saga Trilogy: Bonus Edition Juga Diumumkan

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Bulan lepas, Nintendo mengadakan acara Nindies Showcase yang mengumumkan sebilangan permainan indie bakal tiba buat konsol Switch.

Antaranya adalah permainan The Banner Saga 3 yang mana kini, pembangun permainan tersebut, Stoic akhirnya berkongsi tarikh pelancarannya iaitu pada 24 Julai ini secara digital. Pelancaran permainan tersebut bukan sahaja di konsol Switch, malah Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi edisi permua, ia akan dilancarkan kemudian pada tahun ini.

The Banner Saga 3 merupakan permainan terakhir buat siri The Banner Saga yang mana permainan pertamanya dilancarkan pada 2014 lepas. Dengan memfokuskan bentuk permainan strategi secara turutan, ia merupakan salah satu permainan epik yang mendapat sambutan ramai peminat dengan penceritaannya yang menarik.

Tambahan juga, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan permainan pertama dan kedua buat siri The Banner Saga, 505 Games mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan The Banner Saga Trilogy: Bonus Edition yang mana ia merupakan edisi fizikal yang menyertakan sebilangan kandungan tambahan buat permainan tersebut. Menurut 505 Games, edisi fizikal tersebut juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama iaitu 24 Julai ini.

Namun, buat masa ini, edisi fizikal tersebut diumumkan hanya bakal tiba buat konsol Playstation 4 dan Xbox One sahaja. Melalui versi fizikal The Banner Saga Trilogy: Bonus Edition, 505 Games akan menyertakan:

  • Permainan The Banner Saga 1, 2 dan 3
  • Buku mini karya seni
  • Poster
  • Muzik latar permainan
  • Kandungan digital permainan “Horn Of Lichbaen”

Stoic juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan berkas bersama ketiga-tiga permainan tersebut buat pengguna PC.

Bagi anda yang meminati siri permainan berbentuk strategi secara turutan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan The Banner Saga 3 bermula Julai ini.


TIPS & ULASAN