Fatshark Games hari ini mengumumkan bahawa permainan Warhammer: Vermintide 2 kini telah terjual melebihi 1 juta salinan dengan hanya tempoh masa 5 minggu sahaja berada di pasaran.
Permainan tersebut asalnya dilancarkan pada 8 Mac lepas di PC melalui Steam dan mendapat pelbagai pujian oleh peminat dengan bentuk permainannya yang menarik.
Warhammer: Vermintide 2 merupakan permainan yang mengetengahkan gabungan 5 adiwira bagi menentang pasukan pihak lawan iaitu tentera Skaven dan puak Chaos. Pemain diberi pilihan sebanyak 15 jenis pekerjaan mengikut kesesuaian dan turut diberi ruang kepada pemain untuk mengubahsuai senjata serta kemahiran bagi mengekalkan momentum sepanjang peringkat permainan.
Bagi anda yang masih lagi belum mencuba permainan ini, anda boleh mendapatkannya di Steam dengan harga hanya RM51. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan aksi ini di PC.
[info] Steam : Warhammer: Vermintide 2 [/info]