Informasi Permainan Video Terkini
Arc System Works Mengumumkan Edisi Collectors Buat Permainan BlazBlue: Cross Tag Battle

Arc System Works Mengumumkan Edisi Collectors Buat Permainan BlazBlue: Cross Tag Battle

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Arc System Works hari ini mengumumkan edisi collectors buat permainan perlawanan BlazBlue: Cross Tag Battle yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada 31 Mei ini bagi pasaran Asia.

Melalui versi Collectors ini, Arc System Works menyatakan ia bakal tiba hanya buat versi Playstation 4 dan Nintendo Switch sahaja. Melaluinya, kandungan yang disertakan adalah:

  • Permainan BlazBlue: Cross Tag Battle
  • Kotak berkualiti tinggi khas
  • Kotak permainan Steelbook
  • Cakera muzik latar
  • Buku karya seni (52 muka surat bersaiz 5.8 x 7.8 inci)
  • Karya seni akrilik berdiri watak Ragna the Bloodege, Yu Narukami, Hyde Kido dan Ruby Rose

BlazBlue Cross Tag Battle merupakan permainan yang dibangunkan oleh Arc System Works. Ia merupakan permainan perlawanan yang memcampurkan beberapa francais, seperti BlazBlue, Under Night In-Birth, Persona 4 Arena dan RWBY. Menurut Arc System Works, ia bakal tiba pada 31 Mei ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC.