Skip to main content

Bungie hari ini berkongsi pernambahan DLC terbaru buat permainan Destiny 2 iaitu Warmind bakal dilancarkan pada 8 Mei ini

Menurut Bungie, kemaskini ini akan menyertakan pelbagai kandungan baru dimana pemain berupaya untuk berjumpa sebilangan watak dan musuh baru. Tambahan juga, pemain juga akan diberi pelbagai ganjaran bersama pelbagai aktiviti.

Selain itu, Bungie juga berkongsi peracangan kemaskini mereka buat permainan tersebut dimana bermula musim ke-3 mereka akan mengemaskini bentuk permainan Crucible iaitu mod kompetitif multi-pemain permainan tersebut.

Bagi anda yang masih lagi bermain Destiny 2, nantikan kemaskini terbaru DLC ini bermula 8 Mei ini.

Leave a Reply