Informasi Permainan Video Terkini
Acara Pelancaran Tengah Malam God Of War Bakal Berlangsung 19 April Ini Di Sunway Pyramid

Acara Pelancaran Tengah Malam God Of War Bakal Berlangsung 19 April Ini Di Sunway Pyramid

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang sudah membuat pra-tempahan bagi permainan God Of War mahupun edisi Collectors, edisi biasa ataupun berkas Playstation 4 Pro, anda mungkin berminat untuk menghadiri acara khas pelancaran permainan tersebut pada 19 April ini yang di adakan oleh Playstation Asia.

Acara pelancaran tengah malam permainan God Of War akan di adakan pada 19 April sehingga pelancarannya pada tengah malam tersebut di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan permainan tersebut, anda dijemput untuk menghadiri acara tersebut dan berpeluang untuk memenangi sebilangan hadiah khas God Of War seperti lampu Kratos Pixel dan figura Funko Pop.

Namun, bagi anda yang ingin hadir dan mendapatkan permainan anda pada acara tersebut, pastikan anda telah mendapatkan kad khas jemputan acara tersebut melalui pengedar rasmi yang anda telah membuat pra-tempahan.

Untuk sebarang informasi lanjut, anda boleh ke pautan Facebook Event rasmi di sini.