Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan dua lagi permainan Playlink kini tiba buat pasaran Malaysia, iaitu That’s You dan Knowledge Is Power.
Permainan ini asalnya dilancarkan hanya di pasaran Amerika Syarikat pada tahun lepas. Ia merupakan permainan yang menghubungkan konsol Playstation 4 bersama aplikasi khas di peranti telefon pintar dan anda berupaya untuk bermainnya dengan hanya menggunakan peranti tersebut bersama rakan-rakan anda.
That’s You merupakan permainan multi-pemain yang memfokuskan pemain untuk bermain bersama rakan-rakan untuk menyelesaikan sebilangan teka-teki.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia kini boleh dibeli melalui PSN Store dengan harga RM74. Anda juga perlu memuat-turun aplikasi khas di telefon pintar anda melalui iOS mahupun Android untuk bermain permainan tersebut.
[info] PSN Store : That’s You [/info]Manakala, Knowledge Is Power adalah permainan yang memfokuskan bentuk permainan seperti kuiz, penipuan, trivia dan sebagainya. Seperti permainan Playlink yang lain, ia juga menyokong bentuk multi-pemain sehingga enam pemain.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia kini boleh dibeli melalui PSN Store dengan harga RM74. Anda juga perlu memuat-turun aplikasi khas di telefon pintar anda melalui iOS mahupun Android untuk bermain permainan tersebut.
[info] PSN Store: Knowledge Is Power [/info]Dengan pelancaran kedua-dua permainan ini buat pasaran Malaysia, jumlah permainan PlayLink kini semakin meningkat selepas Hidden Agenda dan Frantics juga dilancarkan sebelum ini. Bagi anda yang meminati bentuk permainan secara parti dan multi-pemain, permainan PlayLink sememangnya sangat sesuai bagi anda.