Informasi Permainan Video Terkini
Overkill Software Berkongsi Trailer Terbaru Buat Permainan The Walking Dead
PC

Overkill Software Berkongsi Trailer Terbaru Buat Permainan The Walking Dead

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Tahun lepas, Overkill Software mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan berdasarkan siri TV dan komik terkenal, iaitu The Walking Dead yang akan memfokuskan bentuk permainan empat pemain koperasi di dalam bentuk penembak pandang pertama.

Kini, Overkill Software berkongsi trailer terbaru yang memfokuskan watak Maya dimana beliau adalah seorang jururawat.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya wabak zombi terjadi di hospital sekaligus Maya bersama seorang doktor perlu mempertahan diri mereka daripada diserang zombi-zombi tersebut.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Dengan berlakunya kejadian zombi tersebut, pemain perlu bekerjasama untuk mendapatkan kelengkapan dan barangan untuk terus hidup di dalam dunia tersebut.

Menurut Overkill Software, setiap watak akan mempunyai kepakaran yang berbeza termasuklah bentuk permainan yang akan membantu pemain untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Pemain juga perlu terus hidup dan bekerjasama untuk selamat di dalam dunia yang ditakhluk oleh zombi. Pemain juga diberi pelbagai pilihan senjata seperti serangan dekat yang lebih senyap ataupun menggunakan senapang.

Buat masa ini, Overkill Software masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut, namun mereka menyatakan ia bakal tiba pada musim luruh ini iaitu antara bulan September sehingga Disember ini buat konsol  Playstation 4, Xbox One dan PC.