Skip to main content

Ura-ura berkenaan konsol seterusnya dari Sony sering berkeliaran sepanjang tahun, terutamanya tahun ini dimana ramai menyatakan bahawa konsol seterusnya Playstation, Playstation 5 bakal tiba tahun ini. Namun, tampaknya berdasarkan laporan Kotaku minggu ini, Playstation 5 mungkin tidak akan tiba dalam masa terdekat ini.

Jason Schreier, iaitu wartawan dari Kotaku menyatakan bahawa beliau telah bercakap bersama pelbagai pembangun permainan yang dua daripadanya menyatakan perkara yang sama dimana konsol terbaru Sony tidak akan dilancarkan pada tahun 2019, apatah lagi tahun 2018. Namun begitu, mereka juga menyatakan rancangan Sony mungkin juga akan berubah sama ada ke hadapan mahupun ke belakang.

Menariknya juga, menurut Jason Schreier, terdapat juga ura-ura berkenaan kit pembangunan Playstation 5 sudah mula dihasilkan dan diperoleh oleh pembangun permainan. Namun, ura-ura ini mungkin tidak betul kerana kit pembangunan mungkin berbentuk hanya sebuah PC yang mempunyai sistem CPU dan GPU yang bukannya sebuah sistem berdasarkan konsol Playstation 5. Jason Schreier juga menyatakan bahawa kit pembangunan awal selalunya bukanlah versi terakhir konsol malah terdapat juga pembangun yang menerima pelbagai versi kit pembangunan sebelum mendapat kit pembangunan yang asli.

Laporan ini sekaligus memastikan bahawa konsol Playstation 5 tidak akan tiba pada masa terdekat malah Jason Schreier juga menyatakan untuk sesuatu konsol yang katanya bakal tiba tahun ini, sepatutnya sudah mula dibangunkan bukan sahaja permainan, malah pengilang sudah sepatutnya menghasilkannya sekarang.

Akan tetapi, menurut beliau juga semasa acara Game Developers Conferences (GDC) 2018 lepas, ramai pembangun dan Sony sendiri memperacahkan bahawa Playstation 5 bakal tiba pada 2020. Walaupun begitu, ura-ura tersebut bukanlah sesuatu yang rasmi oleh Sony sendiri malah dari segi perkakasan, pelbagai perubahan bakal berlaku pada masa akan datang.

Leave a Reply