Informasi Permainan Video Terkini
GameStop Menyatakan Ada Banyak Permainan Untuk Switch Tahun 2018 Yang Tidak Diumumkan Lagi

GameStop Menyatakan Ada Banyak Permainan Untuk Switch Tahun 2018 Yang Tidak Diumumkan Lagi

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

GameStop merupakan antara kedai permainan utama di Amerika Syarikat dan melalui perbincangan bersama pelabur, apabila ditanya mengenai jualan konsol Switch untuk tahun ini ketua pegawai eksekutif GameSpot mengatakan Switch akan terus mempunyai tahun yang baik.

Menurut beliau Switch adalah konsol yang lebih baik jika dibandingkan dengan Wii U. Switch mendapat pelbagai permainan semasa 2017 termasuk permainan seperti Zelda dan Mario Odyssey yang meningkatkan jualan konsol Switch.

Untuk tahun 2018 beliau mengatakan Switch mempunyai senarai permainan yang cukup kuat dan banyak yang tidak diumumkan lagi. Walaupun tidak dapat menjangka untuk tahun 2019 akan tetapi bagi tahun 2018, boleh dikatakan akan menjadi tahun yang baik untuk Switch.

Selain daripada Nintendo Labo tidak banyak permainan yang boleh menggalakkan penjualan konsol Switch setakat yang diumumkan sekarang. Berdasarkan kenyataan dari GameStop adakah Nintendo akan mengumumkan lebih banyak permainan besar untuk Switch di E3 nanti?