Permainan video GTA amat popular kerana misi-misi dan jalan cerita yang menarik. Tetapi tidak dapat dinafikan muzik yang dialunkan dari corong radionya turut memainkan peranan untuk menjadikan sesi permainan lebih menarik. Bagi pemain GTA IV, anda perlu membeli permainan ini sebelum 28 April kerana beberapa lagu yang dilesenkan kepada Rockstar akan tamat tempohnya.
https://www.youtube.com/watch?v=8txk6EhYZKA
Rockstar biasanya mengambil lesen selama 10 tahun untuk lagu-lagu yang digunakan di dalam permainan mereka. Pada waktu ini tidak diketahui lagu manakah yang dibuang kerana luputnya tempoh penggunaannya. Kami hanya berharap Schweine oleh Glukoza bukan antara lagu yang akan dibuang.
Sebelum ini GTA San Andreas dan GTA Vice City turut dikemaskini oleh Rockstar untuk menarik semula lagu seperti yang didendangkan oleh Michael Jackson. Permainan MAFIA pula tidak boleh dibeli secara atas talian kerana 2K Czech tidak memperbaharui lesen muzik klasik yang digunakan.