Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan pengembaraan JRPG seterusnya oleh Yuji Horii, iaitu pencipta siri Dragon Quest. Seperti siri Dragon Quest sebelum ini, Akira Toriyama juga kembali sebagai pereka watak buat permainan ke-11 bagi siri Dragon Quest. Permainan ini bakal tiba buat pasaran Malaysia pada 4 September 2018 ini untuk Playstation 4 dan PC.
Semasa temubual bersama USGamer, apabila ditanya mengapa Dragon Quest XI tidak mempunyai DLC dan miktro-transaksi, Yuji Horii mengatakan Dragon Quest XI merupakan permainan yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pembangunan akan tetapi bagi mereka di dalam dunia permainan yang dipenuhi mikro-transaksi mereka ingin kembali kepada cara dahulu iaitu hanya ada satu permainan yang perlu dibeli dan mendapat segalanya secara terus.
Ini satu perkara yang harus dipuji, walaupun dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix yang sehingga sekarang menambah kandungan untuk Final Fantasy XV seperti 4 DLC penambahan baru yang akan dikeluarkan pada tahun 2019 nampaknya mengambil cara yang berbeza untuk Dragon Quest XI.