Skip to main content

Pada bulan Februari kami melaporkan yang Pengarah Final Fantasy XV Hajime Tabata mengatakan sepanjang tahun 2018 sehingga 2019, permainan ini akan menerima 4 DLC penambahan yang baru. Selain daripada Episod Ardyn, tiada maklumat lain yang dikongsi kan.

Hari ini melalui pengumuman di Pax East dan juga kuciran di Twitter rasmi Final Fantasy XV, Square Enix mengumumkan nama untuk 4 DLC penambahan yang bakal tiba iaitu Episod Ardyn, Episod Aranea, Episod Luna dan Episod Noctis.

Ini menjadikan Final Fantasy XV menerima 7 DLC penambahan selepas Episod Ignis, Episod Prompto dan Episod Gladiolus. Akan tetapi menurut mereka kesemua DLC ini akan dikeluarkan pada tahun 2019 manakala untuk tahun 2018 mereka akan memfokuskan kepada Comrades iaitu DLC untuk multi-pemain.

Berikut adalah serba sedikit mengenai 4 DLC penambahan terbaru;

  • Episod I: Ardyn – The Conflict of the Sage
    • Memfokuskan kepada perjuangan Ardyn melawan Lucis dan juga Astrals.
  • Episod Sampingan: Aranea – The Beginning of the End
    • Penceritaan sampingan mengenai Starscourge berdasarkan pandangan Niflheim. Hari terakhir Empire menjadi hari paling teruk untuk Aranea.
  • Episod II: Lunafreya – The Choice of Freedom
    • Penceritaan mengenai nasib Luna dan perjuangannya untuk menyelamatkan orang yang disayanginya.
  • Episod III: Noctis – The Final Strike
    • Selepas berpisah dengan Astrals, Noctis meneruskan pertempuran terakhir untuk memberikan masa depan yang lebih baik untuk rakyatnya.

Oleh kerana keempat-empat DLC ini hanya akan dikeluarkan pada 2019 tidak banyak maklumat yang dikongsi kan. DLC ini tidak termasuk di dalam pas semusim yang sedia ada dan kemungkinan besar Square Enix akan menjual pas semusim yang kedua. Apa pendapat anda mengenai DLC penambahan ini?

Leave a Reply