Informasi Permainan Video Terkini
Owlboy Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 dan Xbox One Pada 10 April 2018

Owlboy Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 dan Xbox One Pada 10 April 2018

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Owlboy permainan platformer yang dikeluarkan untuk PC pada 2016 lagi diumumkan akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 13 Februari. Akan tetapi versi PS4 dan Xbox One tertunda ke satu tarikh yang tidak dikemukakan.

D-Pad Studio hari ini mengumumkan yang Owlboy akhirnya akan dikeluarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 10 April 2018 iaitu hampir 2 bulan selepas dikeluarkan untuk Switch. Bagi yang berminat untuk mendapat permainan ini dalam bentuk fizikal ia akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi hanya untuk PS4 dan Switch.

Owlboy sudah beberapa kali dijual dengan harga murah di Steam dan kemungkinan besar sudah ramai yang memilikinya tetapi jika anda masih tidak memiliki permainan ini kami mengesyorkan anda untuk mencubanya.


TIPS & ULASAN