Informasi Permainan Video Terkini
Siri Animasi Sonic Mania Adventures Bahagian Satu Kini Boleh Ditonton

Siri Animasi Sonic Mania Adventures Bahagian Satu Kini Boleh Ditonton

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Bulan lepas. SEGA mengumumkan sebilangan permainan baru buat siri Sonic bersama siri animasi Sonic Mania Adventures. Kini, bahagian pertama buat siri animasi tersebut boleh ditonton secara percuma di Youtube.

Animasi yang berdurasikan 3 minit tersebut mempertontonkan watak Sonic dan Eggman dalam bentuk animasi senyap. Selain itu, terdapat juga sebilangan elemen-elemen permainan daripada Sonic Mania yang terdapat di animasi tersebut.

Bagi anda yang ingin menonton animasi tersebut, anda boleh menontonnya di atas ataupun di saluran Youtube rasmi Sonic The Hedgehog.