Ubisoft akhirnya kini telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Rayman Legends Edisi Definitive di Nintendo Switch. Ia bakal dilancarkan pada 12 September 2017 kelak secara rasminya untuk konsol hibrid berkenaan. Bagi peminat siri permainan ini, anda juga boleh mendapatkan permainan demo ini secara percuma di Nintendo E-Shop tidak lama lagi.
Rayman Legends Edisi Definitive adalah permainan platformer yang kini hadir buat pertama kalinya di Nintendo Switch. Permainan ini bakal menyertakan mod multi-pemain sehingga seramai empat orang pemain. Pemain juga boleh menggunakan skrin sentuh untuk mengalahkan musuh, mengubah-suai platfom, memotong tali dan sebagainya. Dengan kemudahan mudah-alih Nintendo Switch, pemain dapat bermain permainan ini di mana-mana sahaja. Disamping itu, Ubisoft menyatakan mereka bakal menawarkan penambahan seperti pertandingan yang bakal tiba bersama kemaskini Kung Foot kelak.
Nantikan permainan Rayman Legend Edisi Definitive yang bakal tiba September ini. Anda juga boleh muat-turun demo permainan ini yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.