Overwatch merupakan salah satu permainan tembak-menembak dan aksi yang menarik dan mempunyai angka pemain yang tinggi. Baru-baru ini, Blizzard telah memperlihatkan sebuah watak baru yang akan hadir dinamakan sebagai Doomfist.

Dengan populariti permainan berkenaan, kini salah seorang peminat siri permainan berkenaan hadir dengan trailer kompilasi mengabungkan pelbagai babak dan disusun seumpama sebuah siri-TV di Netflix. Melaluinya, ia membawa kepada konsep penceritaan kisah penuh disebalik dunia Overwatch ini.

Apa pun, video ini sekadar apa yang hadir daripada peminat sahaja dan bukannya versi rasmi. Tetapi, dengan sejumlah permainan yang mula dijadikan siri TV, anime, mahupun filem, tidak mustahil untuk kita melihat Blizzard melakukan perkara sama untuk Overwatch.

Bagi anda, apakah pendapat anda selepas menonton video yang dibawakan oleh peminat ini?

Sohor Kini