Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Tidak Berminat Untuk Menyertai Arena PC Buat Masa Ini

Nintendo Tidak Berminat Untuk Menyertai Arena PC Buat Masa Ini

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

Nintendo buat masa ini sedia terkenal dengan penawaran konsol dan sejumlah permainan menarik dibawah mereka. Selain khusus untuk konsol mereka, Nintendo juga baru-baru ini telah mula hadir dengan sejumlah permainan yang dioptimasikan untuk skrin telefon pintar.

Hari ini, bercakap kepada para pelabur dan pemegang saham di Tokyo, pihak Nintendo dikatakan masih tidak berminat untuk menyertai arena PC buat masa ini.

Walaupun letusan arena e-sukan di PC akhir-akhir ini, pihak Nintendo dilihat lebih memfokuskan untuk membangunkan perniagaan yang
“mengintegrasikan perkakasan dan perisian”.

Jadi, ia boleh dikatakan kita tidak akan melihat sebarang permainan daripada Nintendo di PC buat masa ini. Apa pun, kita masih tidak ketahui sama ada perkara ini boleh berubah pada masa akan datang atau tidak.