Informasi Permainan Video Terkini
Atari Mengumumkan Topi Yang Dilengkapi Speaker Stereo – Speakerhat

Atari Mengumumkan Topi Yang Dilengkapi Speaker Stereo – Speakerhat

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Nama Atari sendiri sangat popular dalam arena konsol klasik dan juga arked – malah mereka turut sedang membangunkan sebuah konsol baru dinamakan Atari Box. Selain daripadanya, Atari juga sedang melihat kepada arena peranti boleh-pakai.

Atari Speakerhat

Hari ini, Atari mengumumkan produk pertama mereka dibawah Atari Connected Life, iaitu sebuah topi dengan speaker terbina dinamakan Speakerhat. Topi kep yang hadir ini menyertakan speaker dan mikrofon – serta boleh berhubung ke sebarang peranti lain menggunakan sambungan Bluetooth. Ini bermakna, anda boleh memakainya dan mendengar lagu, atau turut menggunakan ia untuk menjawab panggilan dan sebagainya.

Buat masa ini, Atari masih belum mengumumkan bilakah ia akan dijual, dan berapakah harga jualannya lagi. Sekiranya ditawarkan, adakah anda akan mendapatkan topi ini?