Netmarble, pembangun permainan multi-pemain Lineage 2 Revolution untuk permua iOS dan Android, kini telah mengumumkan penambahan terbaru untuk permainan tersebut, dikenali dengan namaTower of Insolence.

Queen Ant dan Varkaron merupakan musuh terbaru yang ditambahkan bersama kemaskini ini, termasuk kawasan baru Tower of Insolence yang mempunyai 70 tingkat untuk menguji tahap pemain.

Lineage 2 Revolution adalah permainan percuma multi-pemain yang ditawarkan untuk pemain di peranti iPhone dan Android. Ia berdasarkan kepada permainan popular di PC, iaitu Lineage 2. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkannya hari ini.

Lineage 2 Revolution : Android

Lineage 2 Revolution : iOS

Sohor Kini