Skip to main content

Selain pengumuman berkaitan permainan Batman yang akan hadir pada tahun ini, Telltale turut mengambil peluang untuk mengumumkan musim ke-empat dan juga yang terakhir untuk siri permainan The Walking Dead. Permainan terbaru ini akan hadir kepada semua pengguna pada 2018 kelak.

The Walking Dead

The Walking Dead

Telltale Games sebelum ini telah menawarkan tiga musim permainan untuk The Walking Dead yang sering menerima maklumbalas positif daripada para pengguna seluruh dunia. Melalui musim ke-4 dan terakhir ini, pemain sekali lagi akan dapat memainkan watak Clementine dalam meneruskan hidup, disamping mengelak pelbagai makhluk dalam kehidupan harian.

The Walking Dead

Tarikh pengenalan rasminya tidak diumumkan. Tetapi, seperti biasa, mungkin kita boleh mula menabung sekarang untuk memainkan permainan ini apabila ia keluar kelak.

Leave a Reply