Call of Duty WW2 merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai memandangkan siri ini kembali kepada era perang dunia yang nyata dan bukannya futuristik seperti beberapa siri COD sebelum ini. Ia bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, dan dalam meneruskan hype disebaliknya, kini Sledgehammer turut berkongsi sebuah mod baru yang akan datang pada permainan berkenaan.

Berkongsi di Twitter rasmi Call Of Duty, Sledgehammer memperlihatkan sebuah mod zombi visi baru yang twisted. Ia bakal diperlihatkan pada Comic Con pada 20 Julai kelak.

Call Of Duty:WW2 adalah permainan terbaru siri Call Of Duty yang akan dilancarkan pada 3 November untuk Playstation 4, X-Box One dan PC.

Sohor Kini