Setelah kejayaan Persona 5 terjual melebihi 2 juta salinan seperti yang diumumkan oleh Atlus awal bulan ini, tampaknya pengarah permainan tersebut, Katsura Hashino tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kini, Atlus memperacahkan video terbaru buat permainan tersebut yang mana ia memfokuskan permainan pengembaraan fantasi daripada studio pembangun permainan Studio Zero yang diketuai oleh pengarah permainan JRPG terkenal Persona 5, Katsura Hashino.
Atlus juga menyatakan permainan ini akan membawa konsep penceritaan yang baru dan menyatakan ia bukan sebuah permainan daripada siri Shin Megami Tensei mahupun Persona. Mereka juga menyatakan permainan ini akan mengembalikan pemain kepada dunia fantasi yang nyata.
Selain itu, Atlus juga berkongsi video aneh yang mempertonton seorang pahlawan ksatria sedang menjamu selera seekor merpati. Namun, masih tidak banyak yang dikongsikan oleh Atlus berkenaan permainan tersebut dan kita mungkin akan memperlihatkan lagi pelbagai informasi tambahan menjelang 2018 ini.