Skip to main content

Sega Dreamcast merupakan konsol terakhir yang dilancarkan oleh Sega pada tahun 1998 lepas. Konsol tersebut merupakan salah satu konsol terawal bagi generasi ke-6 konsol yang merangkumi antara Nintendo Gamecube, Playstation 2 dan Xbox.

Kini tampaknya, Sega akan melancarkan kembali konsol tersebut dan juga konsol-konsol Sega yang lain seperti Sega Saturn dan Sega Genesis dalam bentuk konsol klasik seakan SNES Classic dan Atari seperti yang diumumkan tahun ini.

Dengan kerjasama antara syarikat Retro-Bit, Sega mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan sebilangan aksesori berdasarkan konsol-konsol Sega yang dilancarkan sebelum ini termasuklah Sega Genesis, Sega Dreamcast dan Sega Saturn. Sega juga menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan kandungan seperti konsol asal dan menambah kandungan moden seperti sokongan PC melalui USB dan juga Bluetooth.

Selain itu, Retro-Bit menyatakan mereka akan mempertayangkan konsol tersebut pada awal tahun depan ketika di acara Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas.

Ini merupakan tindakan yang menarik oleh Sega. Dengan pelancaran konsol klasik seperti NES Classic dan Atari, ini membuktikan bahawa pemain sekarang memberi sambutan yang sangat memberansangkan untuk bermain permainan-permainan retro di dalam bentuk konsol klasik. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini apabila Sega dan Retro-Bit mengumumkannya kelak.

 

Leave a Reply