Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton: Video Dokumentari Proses Pembangunan Horizon Zero Dawn Oleh NoClip

Jom Tonton: Video Dokumentari Proses Pembangunan Horizon Zero Dawn Oleh NoClip

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Pada Oktober lepas, Noclip sebuah saluran Youtube oleh Danny Odwyer menlancarkan video dokumentari proses pembangunan The Witcher 3: Wild Hunt. Kini, Danny Odwyer melancarkan siri dokumentari yang baru dimana ia memfokuskan pembangunan permainan Horizon Zero Dawn.

Video yang berdurasi 1 jam tersebut bermula dengan bagaimana Guerilla Games, pembangun permainan Horizon Zero Dawn membangun permainan Killzone dengan kerjasama Sony.

Menariknya, di dalam video tersebut, Guerilla Games juga berkongsi proses dan prototaip awal permainan Horizon Zero Dawn dimana mereka mengambil konsep daripada Killzone dan mengembangkannya. Guerilla Games juga mengambil sebilangan pasukan baru yang dapat membantu mereka untuk menghasilkan penceritaan dan misi permainan.

Bagi anda yang berminat untuk menonton kesemua siri dokumentari oleh Noclip, termasuklah siri dokumentari yang sebelum ini dilakukan oleh Noclip seperti proses pembangunan permainan The Witcher 3:Wild Hunt, Rocket League dan Doom, anda boleh melayari saluran Youtube mereka dibawah.

Saluran Youtube : Noclip