Informasi Permainan Video Terkini
Vainglory 5v5 Akan Dilancarkan Pada Februari 2018

Vainglory 5v5 Akan Dilancarkan Pada Februari 2018

Diterbitkan pada Dis 18, 2017 oleh .

Vainglory merupakan salah satu permainan berbentuk MOBA dengan grafik yang sangat cantik. Sehingga ke hari ini, ia hanya menawarkan sokongan 3-lawan-3, tetapi pembangunnya turut sedang dalam proses untuk memperkenalkan ciri 5-lawan-5 sejak beberapa bulan lepas.

Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, pembangunnya mengatakan Vainglory 5v5 akan ditawarkan kepada semua pada Februari 2018 kelak. Seperti biasa, sejumlah pengguna diberikan akses pantas untuk mencuba dan memainkannya lebih awal berbanding yang lain.

Vainglory 5v5 menawarkan sejumlah kaedah permainan baru – serta menggunakan peta yang serba baru. Watak “Kraken” juga tidak lagi disediakan pada 5v5, sebaliknya digantikan dengan dua watak naga. Selain itu, pemain turut diberikan dengan beberapa kemudahan untuk bergerak, termasuk teleport dan juga bergerak lebih pantas ketika mengikut arus di sungai.

Watak-watak yang ditawarkan adalah kekal seperti penawaran 5v5, dan masa permainannya dijangka sedikit panjang berbanding 3v3 buat masa ini.

Bagi anda yang meminati Vainglory, boleh membuat pendaftaran minat hari ini, dan mungkin berpeluang mencubanya terlebih dahulu sebelum pelancaran umum pada Februari 2018 kelak.